POLISI PELAJAR
Segala bayaran yuran pengajian akan di bayar 1 hb setiap bulan. Walaubagaimanapun, pihak akademi C2Quran memberikan tempoh 7 hari (overdue). Delam tempoh tersebut pelajar masih boleh meneruskan kelas sehingga 7 hb setiap bulan.
Pelajar di benarkan untuk membatalkan kelas dan perlu memaklumkan kepada pihak admin iaitu 24 Jam sebelum waktu kelas bermula. Sebarang pembatalan kelas kurang daripada 24 jam adalah tidak dibenarkan dan bayaran penuh kelas dikenakan. Sekiranya pelajar telah membatalkan kelas, pelajar akan diberikan kelas ganti dan kelas ganti tersebut perlu di sempurnakan pada bulan tersebut dan tidak boleh di bawa ke bulan hadapan dan seterusnya.
Pelajar di benarkan untuk menukar slot kelas dan perlu memaklumkan kepada pihak admin. Penukaran kelas ke slot baru adalah bergantung kepada slot kelas yang kosong.
Kelas Ganti perlu dilakukan di dalam bulan yang sama sahaja.
Pelajar perlu memaklumkan kepada pihak admin atau Ustaz atau Ustazah untuk menggantikan kelas tersebut. Pihak kami akan memberikan slot yang sesuai berdasarkan kekosongan jadual ustazah / ustaz.
Pelajar tidak dibenarkan menggantikan kelas pada bulan hadapan. Pihak Akademi berhak mengenakan yuran penuh kelas yang tidak digantikan pada bulan tersebut. Kelas yang tidak diganti pada bulan tersebut dikira terbatal dan yuran tidak boleh dituntut semula.
Pelajar dibenarkan untuk menarik diri dari program akademi C2Quran.
Pelajar perlu memaklumkan 24 Jam sebelum waktu kelas bermula kepada pihak admin atau Ustaz atau Ustazah.
Sebarang penarikan diri kurang daripada 24 jam adalah tidak dibenarkan dan bayaran penuh kelas akan dikenakan.
Tidak dibenarkan untuk menangguhkan kelas lebih dari tiga sesi kelas berturut-turut. Pihak akademi berhak untuk mengenakan yuran penuh untuk kelas yang di tangguhkan.
Penangguhan kelas disebabkan oleh kemalangan atau apa-apa kecemasan perlu dimaklumkan segera kepada pihak admin atau Ustaz atau Ustazah.
Sementara itu, berkenaan penangguhan kelas disebabkan haid, wanita boleh mengikuti panduan yang ditetapkan oleh mufti iaitu dibenarkan membaca Al-Quran apabila berniat untuk belajar Al-Quran:
Pemulangan yuran boleh berlaku jika disebabbkan faktor yang diterima oleh pihak Akademi sahaja. Pihak Akademi akan memberikan pemulangan yuran kelas seperti berikut :
Pelajar perlu memberikan no akaun bank kepada pihak akademi, kemudian pihak akademi akan memulangkan yuran menerusi bankin online
Pihak Akademi C2Quran berhak meminda polisi diatas mengikut keadaan semasa.
(Tarikh Kemaskini : 8 August 2024)