POLISI ASATIZAH

Pelajar adalah aset Akademi C2Quran.

Asatizah adalah Tutor yang telah dilantik Akademi C2Quran untuk mengajar pelajar Akademi C2Quran.

Oleh itu, Asatizah hendaklah sentiasa mematuhi polisi yang telah ditetapkan oleh akademi.

Tenaga pengajar akademi C2Quran boleh menetapkan jadual mengajar sendiri mengikut masa yang diinginkan di dalam sistem Akademi.

Akademi akan memberikan pelajar berdasarkan jadual tenaga pengajar. Maka, tenaga pengajar hendaklah menepati masa jadual yang telah diisi dengan pelajar.

Tenaga pengajar hendaklah memulakan kelas pada masanya dan mengakhiri kelas pada masanya. Tenaga pengajar tidak dibenarkan mengakhiri kelas awal tanpa persetujuan pelajar.

Nota:

Ini adalah antara masa yang banyak permintaan daripada pelajar:

● isnin - jumaat (8pm - 10pm)

● sabtu & ahad (8am - 12pm)

Kadar gaji adalah berdasarkan bilangan pelajar dan bilangan kelas yang dijalankan pada bulan tersebut.

Akademi akan menyediakan gaji berdasarkan kadar yang dipersetujui oleh tenaga pengajar dan Akademi Connect To Quran.


Pembayaran gaji akan diberi setiap awal bulan melalui online banking ke akaun tutor.

Tutor akademi C2Quran perlu sentiasa menggunakan ID yang diberikan oleh pihak akademi untuk login ke dlm skype. Sebarang penggunaan ID persendirian adalah tidak dibenarkan dan perlu mendapat kebenaran dari pihak akademi C2Quran.

Tutor hendaklah menggunakan email rasmi C2Q untuk mendapat akses dokumen-dokumen yang disedikan oleh pihak akademi.

Tutor C2Quran tidak dibenarkan sama sekali:

  • Membuat pesanan secara peribadi kepada pelajar-pelajar menerusi whatsapp, SMS, dan sebagainya tanpa mendapat persetujuan daripada pihak admin. Segala urusan admin, yuran, jadual dan sebagainya berkaitan akademi perlu melalui pihak admin akademi sahaja.
  • Menerima tawaran dari pelajar.
  • Membuat tawaran kepada pelajar.
  • Mengambil pelajar-pelajar yang masih menuntut / berhenti di akademi C2Quran untuk tujuan mengajar di luar kelas akademi ketika tutor masih didalam perkhidmatan bersama akademi C2Quran.

 

Tenaga pengajar yang berhasrat untuk berhenti dari perkhidmatan di Akademi C2Quran hendaklah memberikan notis 1 bulan (30 hari) dari tarikh hari terakhir kerja. Ini bagi mengelakkan pembelajaran pelajar tidak terganggu.

Tenaga pengajar perlu menyediakan dan menghantar beberapa perkara kepada pihak Akademi seperti yang tertera di bawah :

1) Ringkasan pembelajaran setiap pelajar yang telah diajar oleh tenaga pengajar (sila berhubung dengan admin untuk mendapatkan template pelajar)

 2) Kemaskini Timesheet untuk pembayaran elaun. Pembayaran elaun akan dibuat pada awal bulan.

3) Tidak dibenarkan berhubung dengan pelajar-pelajar akademi yang masih dalam pengajian selepas menamatkan perkhidmatan dari Akademi C2Quran

Sebarang pelanggaran syarat dan peraturan yang ditetapkan, pihak Akademi berhak mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut budi bicara pihak akademi C2Quran.

Tenaga pengajar C2Quran wajib hadir latihan mingguan.

Pada masa ini kelas latihan bagi ustazah adalah setiap hari isnin pada jam 9pm - 10pm.

Manakala kelas latihan bagi ustaz adalah setiap hari jumaat pada jam 9pm - 10pm.

Tenaga pengajar perlu memaklumkan pada pihak admin C2Quran jika tidak dapat hadir pada hari tersebut disebabkan perkara tertentu atau kecemasan.


Pihak Akademi C2Quran berhak meminda polisi diatas mengikut keadaan semasa.

(Tarikh Kemaskini : 8 August 2024)


1. Adakah tenaga pengajar boleh mengambil atau mengajar pelajar di akademi C2Quran selepas tenaga pengajar berhenti dari akademi?

Jawapan: Tenaga pengajar yang telah berhenti dari Akademi C2Quran tidak dibenarkan mengambil pelajar Akademi C2Quran yang masih belajar atau telah berhenti. Dari segi logiknya, jika bekas tenaga pengajar menawarkan untuk mengajar pelajar akademi, adalah pasti pelajar tersebut akan berhenti dari akademi dan meneruskan pengajian dengan bekas tenaga pengajar. Bekas tenaga pengajar boleh mencari pelajar sendiri melalui iklan di Mudah.com.my, Facebook, Instagram dan sebagainya. C2Quran tiada halangan sekiranya bekas tenaga pengajar mencari pelajarnya sendiri. Ini kerana C2Quran telah membelanjakan ribuan ringgit untuk pengiklanan dan mempromosikan C2Quran di internet.

2. Adakah tenaga pengajar boleh menyertai semula C2Quran selepas berhenti?

Jawapan: InsyaAllah, pihak C2Quran boleh mempertimbangkan semula permohonan tenaga pengajar yang ingin kembali mengajar di akademi.

3. Bolehkah tenaga pengajar mengambil nombor telefon atau nombor WhatsApp pelajar terus?

Jawapan: Pihak C2Quran menghormati privasi pelajar dan tenaga pengajar. Oleh itu, pihak C2Quran tidak membenarkan pertukaran nombor telefon antara pelajar dan tenaga pengajar. Sebarang komunikasi boleh dilakukan melalui Skype, atau anda boleh meminta pihak admin untuk WhatsApp pelajar.

4. Adakah tenaga pengajar boleh datang lambat ke kelas?

Jawapan: Sangat penting anda hadir ke kelas tepat pada masanya. Admin akan menganggap anda tidak menunjukkan tanggungjawab yang baik dan boleh menjejaskan pembayaran anda. Jika anda lewat, sila maklumkan kepada admin secepat mungkin.

5. Adakah C2Quran menyediakan jadual pengajaran?

Jawapan: C2Quran akan menyediakan jadual pengajaran untuk tenaga pengajar. Anda perlu tahu pelajar yang akan mengikuti kelas pada hari dan masa yang ditetapkan.

6. Adakah tenaga pengajar dibenarkan mengambil cuti?

Jawapan: Tenaga pengajar dibenarkan mengambil cuti. Anda perlu memaklumkan kepada admin lebih awal. Jika cuti adalah untuk tempoh masa yang panjang, anda perlu memaklumkan kepada admin sebulan lebih awal. C2Quran akan cuba mencari pengganti untuk pelajar anda.

7. Bagaimana tenaga pengajar boleh membatalkan atau berhenti mengajar pelajar?

Jawapan: Tenaga pengajar yang ingin membatalkan pengajaran pelajar mestilah memaklumkan kepada admin sekurang-kurangnya 1 bulan (30 hari) sebelum sesi pengajaran berakhir.

image

HUBUNGI KAMI